Nuffnang Ads

Selasa, 1 April 2014


Tersentuh Matahati Saya

- HUTANG ITU NIKMAT ( DENDA CASH DARI ALLAH ) -

Perkongsian saya dari pembacaan ustazd yusuf mansur... saya menangis senangis nangisnya kerana baru saya faham. Setelah berguru dengan guru saya lagilah saya faham.... Masya Allah bila dapat tahu hutang itu antara nikmat Allah berikan pada saya...

Sebelum ini ada ramai yang beritahu saya hanya sharing perkara yang best-best sahaja, saya baik-baik... Kali ini saya ceritakan cabaran saya. Kata ustazd yusuf mansur hutang yang ALLAH berikan pada hambanya antara untuk menghapus dosa dosa kepada ibu bapa, suami, tidak menutup aurat dan dosa dosa selami ini

Saya sangat sentap... hmmm^_^ saya yang dahulunya seorang anak sedari remaja yang selalu menjauhkan diri dari orang tua saya. Bukan tidak sayang tapi saya tidak pandai untuk menyatakan sayang pada mereka.

Anak yang dahulunya keras kepala, degil dan tidak mahu mengalah serta egonya yang sangat sangat tinggi. Diluar perwatakannya lembut dan ceria tetapi didalamnya penuh dengan dendam dan amarah.

Temboknya sangat tinggi selama hampir 30 tahun hidup dalam keadaan itu... kesian bila tanpa sedar perjalanan kehidupan dan kerjayanya sangat kosong dengan redha dan berkat orang tua dan paling kesian bila tidak sedar kebocoran dalam kehidupan...

Apa erti perniagaan yang memiliki perlbagai sumber kewangan dan hasil yang lumayan tapi untuk sederkah pun tiada... Malu pada diri sendiri untuk bersedekah perlu berkira kira.

Andai hutang yang saya tanggung adalah penghapus dosa dosa... saya redha. Saya bertanggungjawab dengannya... Dan saya tidak pernah rasa berhutang itu satu dosa atau hina. Sebab ada yang berhutang untuk membeli susu anaknya, ada yang berhutang kerana tidak mahu dia dihalau dari rumah dan pelbagai cabaran yang dihadapi... tidak semua orang bercerita kenapa dia berhutang...

Ilmu yang baru saya jadikan darah ini baru lagi... dosa-dosa saya selama hampir 30 tahun... bukan mudah " oh hari ini saya berguru dan bermentor baru usia setahun jagung hutang-hutang yang saya tanggung hampir 10 tahun sejak saya mula berniaga selesai dengan sekelip mata "

Step by step dan try and adjust... alhamdullilah saya berhutang dengan manusia^_^ saya tidak pernah mengelak kerana kata guru " hutang makin kita lari makin kita dikejar "

Betul ke betul?

Saya serahkan segalanya pada ALLAH... jika nawaitu saya betul... in shaa ALLAH... ALLAH dengan saya... Itu saya pasti!!!

# nak saya dah sharing cerita cabaran saya... hihi

- Deyana Hatazad -
CEO : Cyecah Cyecah

Sabtu, 29 Mac 2014


Kek Coklat, Cookies dan Fanpage

Bismillah

Alhamdulillah, sekejap aje dah nak habis bulan Mac. Beberapa bulan lagi, Ramadan bakal menjenguk, mudah2an Allah panjangkan usia untuk bertemu lagi dengan Ramadan. Aduhhhh lama betul dah akak tak bersiaran...sibuk melayan kek coklat bersambung dengan Almond Chip Bites (nama ciptaan syok sendiri). Makin hari makin serasi dan makin sayang pulak dengan kerjaya ni.

Kerana dua produk ni juga akk rajin mengupdate fanpage akak (Kek Coklat Jaja), alhamdulillah ramai jugak yang like (skrg baru faham nikmat online biz).

Kalau ada yang berhajat nak jadi agen jualan akak, amatlah dialu-alukan. Mana tau tahun ni boleh raya sakan dengan hasil jualan kek dan cookies ni...Aaminnnn. Modal tak besar, sape2 pun boleh cuba...

Kita sama2 mohon pertolongan dariNya supaya dimudahkan segala urusan.




Khamis, 12 Disember 2013

Harian Metro 10 Dis 2013


Alhamdulillah haza min fadzli Rabbi.....

Cerita 'Vision Board' saya

Bismillah 

Kata-kata adalah Doa, tulisan juga adalah doa. Hampir semua seminar atau kursus yg pernah sy attend tak dikira yg dikendalikan oleh 'saudara' kita atau sebaliknya, menyarankan utk kita menulis IMPIAN kita. Ketika itu saya buntu dan tulis semata2 bg memenuhi tuntutan kerja kursus. Malah saya tak tahu apa sebenarnya yg saya IMPIkan.

Dalam hati....buat je lah, asal siap. Maka siaplah VISION BOARD saya...haha, di sini segalanya bermula!!! Masih segar dlm ingatan, saya tampal gambar yg langsung tak seimbang dgn syariat. Hampir semuanya duniawi. Saya letak 'vision board' tu betul2 pada wall yg bukak pintu terus nampak tanpa fikir apa2.

Beberapa bulan berlalu baru saya sedar, saya dapat memiliki kereta jenis yg sama (cuma sirinya rendah sikit), jam dan cincin yg sama walau jenama x sehebat dlm gambar yg saya tampal tu. Subhannallah, Astaghfirullah!!!!

Belajar buat kek coklat, mahir dan boleh berkongsi menambah nilai buat diri dan org lain juga sebenarnya sudah lama ter'visual' dan fikiran saya. Tanpa saya sedar saya sebenarnya telah menghadamkan apa yg saya lihat dan fikir.

Pandanglah dan fikirlah yg baik2 mudah-mudahan ia menjadi doa yg terindah utk kita.

"VISUALIZE CREATES MATERIALIZE"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...