Nuffnang Ads

Tuesday 25 December 2012

Tengkujuh Dtg Lagi

Salah satu waktu  doa dimakbulkan Allah adalah ketika turunnya hujan. Mudah-mudahan doaku adalah satu diantaranya Aminnn Yarabbal Alamin.

Ya Allah ampuni dosa kami
Berikan kami iman yg benar
Ilmu yg bermanfaat
Kecerdikan yg tinggi
Rezeki yg byk lg halal
Kesihatan yg baik
Umur yg panjang
Hati yg bersih
dan kejayaan yg besar

Sunday 15 July 2012

Mee Jawa

Bahan:-
300 gm mee kuning (celur dalam air didih dan toskan)
150 gm udang sederhana besar
5 tangkai daun sup - kerat2 sikit
1 inci halia - hiris nipis
2 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - cincang
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 1/3 cawan air
3 biji ubi keledek & 3 batang lobak merah ~ direbus
kemudian di blend
sedikit cili kering direbus & diblend ngan 3 labu bwg besar
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
3 biji limau kasturi - belah
2 biji cili hijau - hiris serong
3 biji telor rebus - kupas dan belah 2
Cara Memasak:-
Gaulkan udang yang telah dibersihkan ,..biar sebentar dan rebus dengan 1 1/2 cawan air. Jangan lama sangat. Tutup api dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan bancuhan ubi keledek & lobak merah yg diblend tadi,biar sebentar. Masukkan halia, cili kering & bwg besar yg diblend tadi dan kacau hingga naik bau halia.
Masukkan sos tomato dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan udang bersama air rebusan tadi, kacau dan biarkan mendidih (boleh tambah sedikit air lagi jika mahu kuah lebih)
Kemudian masukkan daging rebus(klau suka) diikuti dengan air tepung jagung. Kacau dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
Sediakan sedikit mee yang dicelur tadi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah mee ke atasnya. Hidangkan bersama telor, belahan limau kasturi dan cili hijau.

Monday 9 July 2012

Bingka Labu

Bahan2
1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos
240 gm gula pasir
250 gm tepung gandum
3 biji telur (A)
1 cawan santan pekat
125 gm marjerin ~ cairkan

Cara Menyediakan
1. Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 175C.
6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.

Nota: Cara menguji kuih.. cucuk kuih dengan lidi penguji jika lidi keluar bersih.. bermakna kuih sudah masak.. jika lidi penguji masih bersalut dengan kuih teruskan membakar dengan menurunkan suhu ke 160C utk mengelakkan kuih dari hangus.

Mashed Potatoes

Bahan-bahannya:
8 - 10 biji kentang (Kupas kulit) dan potong dua
250gm butter 
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam (ditumbuk halus)
serbuk lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang di kupas dan di potong lebih kurang sama saiz. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan air yang cukup-cukup menutup kentang. Rebus dlm 20minit.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan leyek (butter tu ikut suka, nak letak lebih ke atau sikit..terpulang pada anda)
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyek lagi hingga rata. (susu ni pun letak ikut sesedap rasa..masuk sikit demi sekit) Susu akan buat mashed potatoes lebih gebu dan lemak.



Sos
BAHAN2NYA:

1 KETUL KIUB AYAM
3 ULAS BAWANG PUTIH
1 SUDU TEH LADA HITAM DITUMBUK HALUS
5 SUDU TEPUNG GANDUM (IKUT KEPEKATAN YG KITA SUKA)
SEDIKIT KICAP BIASA (IKUT WARNA YG SESUAI..KLAU BYK HITAM LAH)
GARAM
AIR SECUKUPNYA.. KALAU TERLALU PEKAT TAMBAH AIR
5 SUDU MINYAK MASAK
CARA MEMBUATNYA:

1. KETUK BAWANG PUTIH, TUMIS SAMPAI WANGI. MASUKKAN KIUB AYAM
2. MASUKAN TEPUNG GANDUM, KACAU SEBENTAR SEHINGGA SEBATI. (API MESTI KECIK)
3. MASUKKAN AIR DLM ANGGARAN 1/2 CAWAN.GARAM, KICAP DAN LADA HITAM.KACAU SEBATI SEHINGGA MENDIDIH.
4. KALAU PEKAT TAMBAH AIR .. KALU CAIR TAMBAH SEDIKIT TEPUNG LG
PEKATNYA SOS MENGIKUT KESUKAAN KITA.
5. SETELAH TU, BLEND KAN SOS TADI KERANA IA BERKETUL2
6. SETERUSNYA BOLEHLAH DI MAKAN DGN KENTANG PUTAR ATAU PUN STEAK..

RASA SOS BOLEH DIUBAH IKUT SELERA..TAMBAH LADA HITAM KALAU NAK POWER..


Sumber: FB Resepi Bonda

Sunday 1 July 2012

Eggless Choc Cake



Bahan-bahan ( loyang 5-6 inci )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.

Sumber; DayangJack MyResepi

School Holiday June '12

My only girl...JAJA
si bujang yang lapar

Shark Lounge The Ridel KB

Jalan-jalan tengok Thai fair...best gak mcm2 ada!!!

Boring!!!!

Pantai Bachok


sayang nak makan angry bird ni....

comel ek...

Friday 29 June 2012

Japaneese cheese cake:
BHN2:
140gm gula halus
6 biji putih telur(pastikan tiada sikit pon kuning termasok dlm putih telur ni tau..lau x x jd nanti..sgt penting)
6 biji kuning telur
1 sudu kecil krim of tatar
50gm mentega
250gm cream cheese
100ml susu segar
60 gm tepung kek(tepung naik sendiri)\
20 gm tepung jagung
1 sudu besar jus lemon
CARA:
1.caikan keju,susu & mentega atas api perlahn..kacau hingga larut,kemudian sejukkan.kalu bergentel,sila tapis dulu..
2.kemudian masokkan tepung kek,tepung jagung,telur kuning pukul sebati, & tambahkan lemon jus.
3.dlm bekas tg lain pukul gula,putih telur & cream of tatar hingga kembang @ bile d terbalikkan mangkuk dia x jatuh(merigue) PASTIKAN ALATAN MANGKUK.MIXER KERING..LAU X NANTI X JADI..
4.campurkan 1 senduk ke dlm adunan tepung td & kaup balik buat sampai adunan putih telur td habis.
5.griskan loyang & taburkan sedikit tepung,alaskan dgn kertas minyak.bakar secara steam bake pada suhu 160'c 1jam @sehingga masak.guna api atas bwh.SETELAH MASAK TERUS KUARKAN DARI LOYANG YE..SEJUKKAN.. SEDAP D MKN LAU BUH DLM PETI AIS....Sebelum simpan dlm petiais..sapukan filling strawberry atau blueberry..

Wednesday 25 April 2012

Doa Buat Sahabat



Ya Allah
Panjangkan umur sahabat-sahabatku  juga seluruh ahli keluargaku
Kurniakan kesihatan yang baik padanya
Terangilah hati-hati mereka dengan ‘Nur’ imanMu
Tetapkan hati-hati mereka
Perluaskan rezeki mereka
Dekatkan mereka dengan kebaikan
Jauhi mereka dari kejahatan
Kabulkan doa-doa mereka untuk kebaikan dunia dan akhirat

Ya Illahi Rabbi
Jangan Engkau biarkan mereka jatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalan Mu

Jika KAU izinkan aku merindui mereka, janganlah aku melampaui batas sehingga aku melupakan ‘CINTA HAKIKI, KASIH SEJATI, RINDU ABADI’ – MU YA ALLAH
Kurniakanlah mereka kesenangan, kebahagiaan, ketangan, keberkatan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat

Amin amin ya rabbal aalamin

Tuesday 24 April 2012

1 tahun lagi...

I am alone having coffee and nasi lemak on my birthday  8:30am apr.24th 2012

Thankyou ALLAH setahun lagi usia ku bertambah dan KAU masih beri aku peluang untuk bernafas di bumiMu ini.....


Monday 23 April 2012

Choc Muffin


bhn2..
(A)
2 caw gula
1 caw air
>>masak atas api hga gula cair

(B)
4 biji telur
1/2caw susu pekat manis
1 caw mnyk jagung
>>blend hga sebati..masukn dlm mangkuk

(C)
ayak tepung gandum 2 caw bersama koko 1 caw,soda bika 1/2 st,baking pow 1/2 st...ketepikan

satukan bhn A ke dlm bhn B...n tuang ke dalam bhn C...gaul sebati...
masuk lam pcup n kukus...15 min(nk bakar pn boleh...suhu170..25min)
*kukus lam loyang pn ble/lam bekas aluminium foil...45 min-1jam

Puding Permata Coklat



** Bahan untuk agar-agar :
300ml air
200ml susu cair (saya guna susu segar)
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar
** Bahan untuk kastad :
500ml air
400ml susu cair / susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
Cara-cara

** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih.
Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar
dan masak hingga mendidih.
Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk,
potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati.
Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi)
dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

Apam Mekar


Bahan-bahannya:

250 g t.gndum
230 g gula castor
2 bj telur
1 caw aiskrim soda
1 st esen vanilla
1 st ovalette
warna ikut suka...
-pukul telur,esen + vanilla smpai kembang
-masukkan t.gandum + aiskrim soda secara berselang-
seli
-setelah sebati warnakan ikut citarasa
-masukkan dlm papercup-kukus selama 15 min
 
<

Saturday 21 April 2012

Andai diuji

Doa agar tidak dibebani ujian yg berat
“…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya” [Al-Baqarah 2: 286
Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, hingga kita tertunduk dan menangis, peritnya terasa seperti tak terdaya melangkah lagi, Ketahuilah dan renungilah dalam diri, kerana mungkin air mata tika itu hadir, kerana dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak, lantaran kerana ada langkahmu yang tersasar, semoga dirimu tabah dan tetapkan iman... "Biarlah kita kese0rangan tanpa berteman, biarlah malam tanpa sinar rembulan, biarlah tidur tanpa d hiasi mimpi indah, TAPI JANGAN BIARKAN HATIMU SUNYI TANPA SEPOTONG AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN..."
Sumber: seindahcintaislam.blogspot.com

Friday 20 April 2012

ALLAH tahu

Allah tahu hatimu perit menahan luka..
Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta..
Namun bukan kerana DIA tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya..
Tetapi sebenarnya DIA sedang memberikanmu yang terbaik.. walau kamu sebenarnya yang tidak menyedari..
Bukan senang untuk redha dan pasrah..
Hati perlu kuat dan tabah..
Yang pasti, "setiap yang berlaku ada hikmah"

Sedangkan lidah lagi tergigit.....

Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.”

Wednesday 18 April 2012

Zikir & Doa Pengasih

Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati
1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.
4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"
Doa Supaya DiKasihi
Supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya. Amalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu lima waktu.
Terjemahan Surah Al Imran Ayat:31 (Cari dlm al-Qur’an ya)
"Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."
Rujukan: Buku 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit' Tuan Guru Dato Dr Haron Din

Duhai Hati

Petua Untuk Tenangkan Hati
1. Tarik nafas, tenangkan hati
2. Ambil Wudhu’
3. Banyakkan Istighfar (sebaiknya 1000x), dan banyakkan berdoa.. (cnth doa nabi yunus)
4. Dengan penuh khusyuk, baca Al Quran
5. Elakkan dari berfikir perkara-perkara lain
6. Hilangkan segala resah dan yakin ALLAH sentiasa bersama kita
7. Pautkan hati pada kesabaran kerana dengan kesabaran jiwa akan kurang tertekan
8. Qiamulaill- kerana waktu itu hanya kita berbicara dengan Allah dalan suasana hening dan damai.Rasulullah s.a.w. merupakan qudwatun hasanah dalam cara-cara menghilangkan stress, Baginda senantiasa melaksanakan Qiamulail
9. Bersedia untuk berubah. Jangan jadikan stres itu penghalang untuk kita dekatkan diri kita padaNya.
Sumber: Esaiklopedia Petua Melayu

Tuesday 17 April 2012

Bila Lelaki Hilang Tulang Rusuknya

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang airmata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...*
*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.**Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? * semoga bermanfa'at

Duhai Anak

Buat Anak2ku Adiel, Uwais, Jaja & Solihin dan anak2 seisi alam:
orang kata aku lahir dari perut mak... (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu jerit... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
>Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku ( yg Islam jgn sambut tau.. haram!!! )
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
>Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.

Tuesday 10 April 2012

Buat Semua Yg Bergelar ISTERI

Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara
1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya.
Sumber: Esaiklopedia Petua Melayu

Tatkala menghadapi kesulitan dan kesempitan

Moga sama-sama mendapat berkatNYA:
1. Banyakkan Istighfar
2. Amalkan doa nabi Yunus
3. Solat taubat setiap malam
4. Berdoa dengan nama-nama Allah (Asmaulhusna)
Sesiapa yang mewiridkan ayat 1000 Dinar, Allah s.w.t akan murahkan rezekinya dan memberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Amalan membaca ayat ini selepas menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sebagai usaha untuk memohon supaya dengan keberkatan ayat itu sendiri, Allah akan melimpahkan rezeki kepadanya.
sumber: Esaiklopedia Petua Melayu

Saturday 17 March 2012

Saban hari kita lafazkannya..

Saban hari kita lafazkan ungkapan indah ini tapi adakah ianya hanya di bibir???

Thursday 15 March 2012

Puding Trifle (feveret EN.AD)

Pic ni akak google je sebab susunan dan hasilnya agak sama......
Resepi yg dah terhafal dalam ingatan:
Swiss Roll Cake(akak beli yang siap je)
8 sudu besar tepung kastard*
8 sudu besar gula*
1 tin susu cair*
1 tin air masak*
1 tin fruit cocktail
1 kotak kristal jelly (akak guna jenama NONA)
Cara:
1.Potong kek dan susun dalam bekas
2.Bancuh bahan yang bertanda * , kemudian masak dengan api perlahan sampai sekali didih terus angkat dan curahkan atas susunan kek tadi.
3.Letakkan fruit cocktail (buang airnya dulu) di atas lapisan kastard.
4.Bancuh kristal jelly seperti arahan pada kotak dan sendukkan perlahan menutupi bahagian atas fruit cocktail tadi.
!!!JANGAN CURAH TAU NANTI LAPISAN KASTARD MEREKAH...HASILNYA TAK CANTIK.

Duhai Hati....

Ya Allah jangan kau uji aku dengan ujian yang berat, andai kau datangkan jua ia maka kepilkan bersamanya kekuatan untuk aku mengharunginya...
Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha Penyayang
"bukankah kami telah lapangkan untukmu dadamu. Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggalkan bagimu sebutan (nama) mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

Akan ku tunggu pelangi itu....

Redho itu ikhlas, Pasrah itu menyerah....menyerah??? opps TIDAK....selagi ada kudrat ini. Terimakasih sahabat kerna kau selalu ingatkan aku supaya lakukan setiap pekerjaan dengan nawaitu utk mengapai redho illahi...sesungguhnya aku selalu lupa.

Wednesday 14 March 2012

Penawar Hati

Allah menguji hambanya pada sesuatu yang mampu untuk kita tanggung tapi kenapa ye kita masih selalu gagal untuk pujuk hati kita, yang kita memang MAMPU??? Kenapa kita perlu patah hati pada beratnya musibah yang melanda. Sesungguhnya Al Qur'an itu penenang jiwa dan penawar hati yang hakiki.....
Al-Baqarah ayat 286: " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya"
Lemahnya kita bila kita tak nampak bahawa Allah sudah menunjukkan jalan keluar pada gundahnya hati kita...
Al-Baqarah ayat 45: "dan mintalah pertolongan (kpd ALLAH)dengan jalan yg sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya yg demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
Dan ketika kita masih rasa gagalnya diri menahan ujian, ingatlah janji Allah dalam Surah Yusuf:87
"cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain dia. Hanya kpdnya aku bertawakkal dan Dialah tuhan pemilik Arsy yang agung."
Astaghfirullah.....ampunilah aku hambaMu yang lemah ini.

Sunday 4 March 2012

Puding Roti Karamel

Resepi ni saya dapat dari seorang teman FB. Bukan tak pernah buat sebelum ni tapi selalu tak konsisten jadi tak jadi... terimakasih pada K.Zu (Zunainah Paiman) yang amat pemurah berkongsi mcm2 resepi yang sedap dan paling pentingnya...menjadi!!! Semoga ALLAH melimpahkan rezeki dan rahmat buat K.Zu dan keluarga.

Resepinya:

3 sudu besar gula (jadikan karamel-saya; masuk dlm loyang panaskan atas api kecil)
4 kpg roti
3 biji telur
2 cawan air suam
1 cawan susu pekat
sdkt esen vanilla

Buat karamel dan ketepikan
Blend roti yg disiat kecil + air suam + susu + vanilla
Dalam bekas lain pukul telur mcm nak buat telur dadar

Tapiskan telur dalam bahan yg kita blend tadi.
Curah perlahan atas karamel....kukus lbh kurang 30-40 minit

Ni pun gambar dari page K.Zu, bila saya buat nak ambik gambar pun tak sempat...selamat!!!!

Salam Ukhwah,

Ni la ayat 4 surah Yusuf dan potongan ayat 39 dari surah Taaha....marilah kita amalkan untuk kesejahteraan seisi alam....insyaAllah.

Surah Yusuf ayat 4:




Surah Taaha ayat 39:

Saturday 3 March 2012

Ayat Pengasih...mari amalkan.

Alhamdulillah, hari ni hati cukup tenang untuk meneroka tafsir surah-surah al-qur'an. Mata tiba-tiba terpandang surah Yusuf ayat 4 ni...buat aku terkenang cerita lama yang membuatkan aku rasa begitu rapat dengan ayat ini. Masa tu aku bawak seseorang yang rapat dlm hidupku jumpa seorang ustaz atas sebab hubungan suami-isteri yg rasanya sume pun faham lah kan cabaran dan dugaan wanita bergelar 'isteri'. Kami disuruh amalkan surah ni dan alhamdulillah berkat keyakinan dan besarnya fadhilat ayat-ayat al-qur'an banyak yang berubah. Ayat ini juga boleh dibacakan kepada anak2 juga sebagai ayat pelaris berniaga. Korang cari sendiri dalam qur'an ye sebab tak sempat nak upload surah tu kat sini...tafsirnya je.

Surah Yusuf ayat : 4

Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku.

Kemudian sambung, Surah Thaaha ayat : 39
Maksudnya: Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.

Sunday 22 January 2012

Working@Home Mom

Hari ni baru dapat peluang update blog, alhamdulillah rezeki 2012 barangkali...sebuah banglo terjual dengan proses agak mudah (dipermudahkan ALLAH). Bila sebut pasal kerja dari rumah ni bunyinya macam senang je kan? tapi hakikatnya ia memerlukan ketabahan dan disiplin yang mencabar. Adakalanya rasa macam berperang dengan diri sendiri.

Bermula Rabu 18/01/12 talian henfon macam hotline dari prospects yang sedang mencari rumah kediaman, kering air liur tapi hati puas dapat berkongsi serba sedikit ilmu. Ternyata ramai yang masih belum tau prosedur jualbeli hartanah.
Kalau ada yang berhajat nak terjun ke dunia hartanah atau ada yang nak kongsi ilmu hubungi saya or tinggalkan komen kat bawah, insyaAllah kita kongsi ilmu kurniaanNYA.

Bisnes online Jamu Perawan pun sama naik sibuknya, alhamdulillah syukur sgt terima feedback positive semoga apa yang kulakukan ini mendapat keberkatanMU... hahaa kalau nak cuba or nak bisnes, jemputlah....

http://www.myheartmysoul.com.my/

YA ALLAH ENGKAU MAHA PENYAYANG, permudahkan urusan hambamu ini.

Friday 13 January 2012

Sayangku...Hazeeq


12 Jan 2012 09:29pm

Sms dari adikku Roza:...hazeeq sawan lagi! (Hazeeq,simontel anak saudara kesayangan semua), terbantut segala idea, baru je aku jengok semula blog yang dah lebih setahun aku create tanpa apa-apa post. Entah kenapa sejak akhir2 ni rajin betul nak menulis, tp berita Hazeeq buat aku bimbang, terbayang pengalaman ku 15 tahun lalu mcmana aku panik bila adiel pernah mengalaminya secara tiba2 hanya setelah berusia 8 bulan. Sian adik mesti dia panik tambah pulak ayah Hazeed tak de. Aduh...sedihnya aku bila Roza kata adik disuruh keluar untuk membolehkan doktor dan kakitangan hospital ambik darah Hazeeq. Warded! kata Roza,tak pe lah lega sekurang-kurangnya dah terlepas ketakutan Hazeeq masa ditinggalkan dengan orang-orang yang begitu asing baginya.


13 Jan 2012 04:30pm

Dapat dengar suara Hazeeq mengomel dari corong telefon, adik kata dia tak nak tidur.
Ayah Hazeeq dah sampai LCCT..dia demam rindu rasanya..

Kat sini hujan lebat tak berhenti dari subuh tadi, Adiel pun demam juga...si bujangku ni satu problem gak...asal exam year je dia start demam on-off sepanjang tahun, UPSR camtu this year PMR, dia dah start dah!!!!!