Nuffnang Ads

Wednesday 19 October 2016

HOPE by Insyirah Azhar

Dan bila kau hilang harapan untuk mendapat kasih manusia, bila kau rasa tiada sesiapa mampu menerima dirimu lagi,
bila kau tak jumpa jalan keluar,
bila kau tak tahu nak luah pada sesiapa,
bila kau rasa tak kuat untuk berubah, hadamkan pesanan ini:

Bagi kau yang rasa tiada manusia dapat menolongmu, tidak jumpa jalan keluar,
ingatilah pesanan Hamka,
“Di waktu segala jalan hubungan di bumi ditutup orang, hubungan ke langit lapang terluang.”
Tiada orang akan pulang dengan tangan kosong bila kau pinta pada Tuhan.

Bagi kau yang pernah melampaui batas, janganlah berputus asa daripada rahmat-Nya. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun segala dosa.

Bagi kau yang sedang sulit diuji, jika Allah mengkehendaki kebaikan kepadamu, tiada siapa yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki maka berpalinglah, menadah tangan hanya kepada-Nya.

Bagi kau yang rasa tidak kuat berubah, tiada siapa yang dapat beri petunjuk melainkan Dia. Saat Dia berikan kau petunjuk dan kekuatan, tiada siapa yang dapat menghalangnya.
Kerana jika mahu pinta pertolongan, pasti kau akan cari mereka yang terdaya dan dapat bantu.
Maka hanya Dialah sahaja yang terdaya untuk segala perkara.
Kekuatan, kekayaan, pengampunan, kesihatan, ketenangan dan apa sahaja yang kau inginkan.

Maka pintalah daripada Dia——- La hawla wala quwwata illa billah (tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah)

Tulisan ini adalah harapanku. It gives HOPE. Dengannya, ku raih ketenangan. Dengannya, aku sedar——- Allah dulu, Allah lagi, Allah terus




No comments:

Post a Comment