Nuffnang Ads

Wednesday, 25 April 2012

Doa Buat Sahabat



Ya Allah
Panjangkan umur sahabat-sahabatku  juga seluruh ahli keluargaku
Kurniakan kesihatan yang baik padanya
Terangilah hati-hati mereka dengan ‘Nur’ imanMu
Tetapkan hati-hati mereka
Perluaskan rezeki mereka
Dekatkan mereka dengan kebaikan
Jauhi mereka dari kejahatan
Kabulkan doa-doa mereka untuk kebaikan dunia dan akhirat

Ya Illahi Rabbi
Jangan Engkau biarkan mereka jatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalan Mu

Jika KAU izinkan aku merindui mereka, janganlah aku melampaui batas sehingga aku melupakan ‘CINTA HAKIKI, KASIH SEJATI, RINDU ABADI’ – MU YA ALLAH
Kurniakanlah mereka kesenangan, kebahagiaan, ketangan, keberkatan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat

Amin amin ya rabbal aalamin

Tuesday, 24 April 2012

1 tahun lagi...

I am alone having coffee and nasi lemak on my birthday  8:30am apr.24th 2012

Thankyou ALLAH setahun lagi usia ku bertambah dan KAU masih beri aku peluang untuk bernafas di bumiMu ini.....


Monday, 23 April 2012

Choc Muffin


bhn2..
(A)
2 caw gula
1 caw air
>>masak atas api hga gula cair

(B)
4 biji telur
1/2caw susu pekat manis
1 caw mnyk jagung
>>blend hga sebati..masukn dlm mangkuk

(C)
ayak tepung gandum 2 caw bersama koko 1 caw,soda bika 1/2 st,baking pow 1/2 st...ketepikan

satukan bhn A ke dlm bhn B...n tuang ke dalam bhn C...gaul sebati...
masuk lam pcup n kukus...15 min(nk bakar pn boleh...suhu170..25min)
*kukus lam loyang pn ble/lam bekas aluminium foil...45 min-1jam

Puding Permata Coklat



** Bahan untuk agar-agar :
300ml air
200ml susu cair (saya guna susu segar)
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar
** Bahan untuk kastad :
500ml air
400ml susu cair / susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
Cara-cara

** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih.
Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar
dan masak hingga mendidih.
Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk,
potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati.
Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi)
dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

Apam Mekar


Bahan-bahannya:

250 g t.gndum
230 g gula castor
2 bj telur
1 caw aiskrim soda
1 st esen vanilla
1 st ovalette
warna ikut suka...
-pukul telur,esen + vanilla smpai kembang
-masukkan t.gandum + aiskrim soda secara berselang-
seli
-setelah sebati warnakan ikut citarasa
-masukkan dlm papercup-kukus selama 15 min
 
<

Saturday, 21 April 2012

Andai diuji

Doa agar tidak dibebani ujian yg berat
“…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya” [Al-Baqarah 2: 286
Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, hingga kita tertunduk dan menangis, peritnya terasa seperti tak terdaya melangkah lagi, Ketahuilah dan renungilah dalam diri, kerana mungkin air mata tika itu hadir, kerana dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak, lantaran kerana ada langkahmu yang tersasar, semoga dirimu tabah dan tetapkan iman... "Biarlah kita kese0rangan tanpa berteman, biarlah malam tanpa sinar rembulan, biarlah tidur tanpa d hiasi mimpi indah, TAPI JANGAN BIARKAN HATIMU SUNYI TANPA SEPOTONG AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN..."
Sumber: seindahcintaislam.blogspot.com

Friday, 20 April 2012

ALLAH tahu

Allah tahu hatimu perit menahan luka..
Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta..
Namun bukan kerana DIA tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya..
Tetapi sebenarnya DIA sedang memberikanmu yang terbaik.. walau kamu sebenarnya yang tidak menyedari..
Bukan senang untuk redha dan pasrah..
Hati perlu kuat dan tabah..
Yang pasti, "setiap yang berlaku ada hikmah"

Sedangkan lidah lagi tergigit.....

Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.”

Wednesday, 18 April 2012

Zikir & Doa Pengasih

Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati
1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.
4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"
Doa Supaya DiKasihi
Supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya. Amalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu lima waktu.
Terjemahan Surah Al Imran Ayat:31 (Cari dlm al-Qur’an ya)
"Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."
Rujukan: Buku 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit' Tuan Guru Dato Dr Haron Din

Duhai Hati

Petua Untuk Tenangkan Hati
1. Tarik nafas, tenangkan hati
2. Ambil Wudhu’
3. Banyakkan Istighfar (sebaiknya 1000x), dan banyakkan berdoa.. (cnth doa nabi yunus)
4. Dengan penuh khusyuk, baca Al Quran
5. Elakkan dari berfikir perkara-perkara lain
6. Hilangkan segala resah dan yakin ALLAH sentiasa bersama kita
7. Pautkan hati pada kesabaran kerana dengan kesabaran jiwa akan kurang tertekan
8. Qiamulaill- kerana waktu itu hanya kita berbicara dengan Allah dalan suasana hening dan damai.Rasulullah s.a.w. merupakan qudwatun hasanah dalam cara-cara menghilangkan stress, Baginda senantiasa melaksanakan Qiamulail
9. Bersedia untuk berubah. Jangan jadikan stres itu penghalang untuk kita dekatkan diri kita padaNya.
Sumber: Esaiklopedia Petua Melayu

Tuesday, 17 April 2012

Bila Lelaki Hilang Tulang Rusuknya

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang airmata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...*
*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.**Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? * semoga bermanfa'at

Duhai Anak

Buat Anak2ku Adiel, Uwais, Jaja & Solihin dan anak2 seisi alam:
orang kata aku lahir dari perut mak... (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu jerit... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
>Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku ( yg Islam jgn sambut tau.. haram!!! )
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
>Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.

Tuesday, 10 April 2012

Buat Semua Yg Bergelar ISTERI

Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara
1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya.
Sumber: Esaiklopedia Petua Melayu

Tatkala menghadapi kesulitan dan kesempitan

Moga sama-sama mendapat berkatNYA:
1. Banyakkan Istighfar
2. Amalkan doa nabi Yunus
3. Solat taubat setiap malam
4. Berdoa dengan nama-nama Allah (Asmaulhusna)
Sesiapa yang mewiridkan ayat 1000 Dinar, Allah s.w.t akan murahkan rezekinya dan memberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Amalan membaca ayat ini selepas menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sebagai usaha untuk memohon supaya dengan keberkatan ayat itu sendiri, Allah akan melimpahkan rezeki kepadanya.
sumber: Esaiklopedia Petua Melayu