Nuffnang Ads

Thursday 12 December 2013

Harian Metro 10 Dis 2013


Alhamdulillah haza min fadzli Rabbi.....

Cerita 'Vision Board' saya

Bismillah 

Kata-kata adalah Doa, tulisan juga adalah doa. Hampir semua seminar atau kursus yg pernah sy attend tak dikira yg dikendalikan oleh 'saudara' kita atau sebaliknya, menyarankan utk kita menulis IMPIAN kita. Ketika itu saya buntu dan tulis semata2 bg memenuhi tuntutan kerja kursus. Malah saya tak tahu apa sebenarnya yg saya IMPIkan.

Dalam hati....buat je lah, asal siap. Maka siaplah VISION BOARD saya...haha, di sini segalanya bermula!!! Masih segar dlm ingatan, saya tampal gambar yg langsung tak seimbang dgn syariat. Hampir semuanya duniawi. Saya letak 'vision board' tu betul2 pada wall yg bukak pintu terus nampak tanpa fikir apa2.

Beberapa bulan berlalu baru saya sedar, saya dapat memiliki kereta jenis yg sama (cuma sirinya rendah sikit), jam dan cincin yg sama walau jenama x sehebat dlm gambar yg saya tampal tu. Subhannallah, Astaghfirullah!!!!

Belajar buat kek coklat, mahir dan boleh berkongsi menambah nilai buat diri dan org lain juga sebenarnya sudah lama ter'visual' dan fikiran saya. Tanpa saya sedar saya sebenarnya telah menghadamkan apa yg saya lihat dan fikir.

Pandanglah dan fikirlah yg baik2 mudah-mudahan ia menjadi doa yg terindah utk kita.

"VISUALIZE CREATES MATERIALIZE"

Monday 9 December 2013

ALLAH - The Great Planner

Saat ini aku masih di kampung halaman, melalui hari2 yg diatur oleh Allah swt yg pastinya.  Kerdil sgt rasanya bila meningati betapa besarnya ksh syg Allah, diaturnya perjalanan hari2 ku cukup kemas sekali. Tatkala ini tanah kediamanku dilanda ujian banjir besar tanpa aku di situ. Allah tahu aku mungkin tidak mampu menjadi yg terbaik andai aku ada di situ saat itu. 

Hati tba2 sayu bila teringat ingkarnya aku sebagai hambaMu selama ini sedang Engkau amat menyayangi. Di sini Allah memberi aku peluang utk muhasabah diri melalui pelbagai cara.  Allah beri aku ruang waktu utk menemui motivasi jiwa. Kebetulan aku menemui hasil2 nukilan berharga penulis Inspirasi Ketuhanan cikpuan Insyirah Azhar (www.insyirahazhar.com) Alhamdulillah tksh Allah.

Yg dinamakan Rezeki jugalah bila Allah izinkan saya memiliki ebook IA (Inspirasi 9 Formula Pantas Seru Rezeki). Seperti dpt dos tambahan utk lebih menghayati The Power of Sedekah, The Power of Syukur dan rahsia2 keajaiban kurniaan Allah utk kita menyeru rezeki yg halal dan barakah.

Tanda2 ajaib sudah muncul setelah saya mula mempraktik langkah pertama yg disaran oleh cikpuan IA.  In sya Allah esok saya akan kongsikan ye....Panjangkan umurku Ya Rabb agar aku bertemu hari esok.

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Moga siapa saja yg baca entri ini dilimpahi rezeki yg tidak putus umpama makhluk Allah yg mengelilingi Kaabah.....Aamiin Ya Rabb.



Monday 2 September 2013

Panduan Sukatan (sumber: FB Resepi masakan, kuih muih, biskut, kek, puding dan petua kita

Balik raya aritu mak mintak tolong convertkan sukatan dari resepi lama peninggalan arwah ibu saudara yg ku panggil 'Ateh'. Arwah Ateh ni mmg pakar masak, seronok jugak bila aku tgok mak masih ada simpan koleksi resepinya dan jugak resepi2 mak sendiri. Sebelum ni pun aku dah pernah publish entri pasal convertion method ni tp yg ni nmpak lebih simple, masuk je lah sekali lg, blog sendiri sape nak marah kan????
UNTUK KEMUDAHAN PUAN - PUAN YG TIDAK MAHIR MENGGUNAKAN SUKATAN METRIK 
Tepung serbaguna ,gula aising dan gula dalam bentuk serbuk

1/8 cawan =15 gram
1/4 cawan =30 gram
1/3 cawan =40 gram
3/8 cawan =45 gram
1/2 cawan =60 gram
5/8 cawan =70 gram
2/3 cawan =75 gram
3/4 cawan =85 gram
7/8 cawan =100 gram
1 cawan =110 gram

Gula pasir, gula halus atau gula kastor

1/8 cawan =30 gram
1/4 cawan =55 gram
1/3 cawan =75 gram
3/8 cawan =85 gram
1/2 cawan =115 gram
5/8 cawan =140 gram
2/3 cawan =150 gram
3/4 cawan =170 gram
7/8 cawan =200 gram
1 cawan =225 gram

Mentega atau marjerin

1/8 cawan =30 gram
1/4 cawan =55 gram
1/3 cawan =75 gram
3/8 cawan =85 gram
1/2 cawan =115 gram
5/8 cawan =140 gram
2/3 cawan =150 gram
3/4 cawan =170 gram
7/8 cawan =200 gram
1 cup=225 gram

Gula perang

1/8 cawan =25 gram
1/4 cawan =50 gram
1/3 cawan =65 gram
3/8 cawan =75 gram
1/2 cawan =100 gram
5/8 cawan =125 gram
2/3 cawan =135 gram
3/4 cawan =150 gram
7/8 cawan =175 gram
1 cawan =200 gram

Serbuk koko

1/8 cawan =15 gram
1/4 cawan =30 gram
1/3 cawan =40 gram
3/8 cawan =45 gram
1/2 cawan =60 gram
5/8 cawan =70 gram
2/3 cawan =75 gram
3/4 cawan =85 gram
7/8 cawan =100 gram
1 cawan =125 grams

Tepung kek

1/8 cawan =10 gram
1/4 cawan =20 gram
1/3 cawan =25 gram
3/8 cawan =30 gram
1/2 cawan =50 gram
5/8 cawan =60 gram
2/3 cawan =65 gram
3/4 cawan =70 gram
7/8 cawan =85 gram
1 cawan =95 gram

Sunday 23 June 2013

Ini Pilihanku

Kita berhak utk memilih dan inilah pilihanku, entah kenapa sejak hampir setengah tahun ni hati aku meronta2 nak tukar core bisnes dari hartanah kepada bidang masakan. Petanda dah vateran la gaknya. Macam berkurangannya je minat nak site visit properties mcm dulu2 tapi x la sampai tinggal terus kot buat masa ni.

Alhamdulillah Allah permudahkan laluan untuk aku meneruskan niat ini.

Hahaaaa nak buat tawaran ni; START BISNES TANPA MODAL (rasanya ramai yang nak berniaga tapi bila tang modal tu yang pening dan mula lah bertangguh kan??? so apalagi ...call/sms/whatsapp la skrg (sebelum tawaran berakhir) Kalau sms atau whatsapp lagi baik  sbb buat masa ni berjuang sorang2 dari A-Z jadi bila sms or whatsapp tu lebih mudah dikesan...kot la tak dan nak jwp fon. Apapun tima kaseh in advance  pada yg sudi.






Sunday 2 June 2013

Panduan Penggunaan Whipping Cream

Seribu kemaafan buat tuan empunya entri ini sebab saya betul-betul tak ingat dari blog mana saya copy info yg amat2 la bagus nya ni. Seingat saya masa saya terbaca entri ni en.hubby tetiba ajak keluar, tu yang tergesa-gesa copy paste n simpan je kat sini, hari ni baru perasan ada entri yg stay kat situ x dipublishkan. Apapun moga Allah murahkan rezeki tuan empunya entri ni sebagai mana pemurahnya dia sudi berkongsi ilmu....Amin Ya Rabb.

Step-by-step cara mudah memukul fresh cream atau non-dairy whipping cream untuk tujuan hiasan kek. Selalu fresh cream didapati di bahagian freezer di kedai bakeri supplier dan berada dalam keadaan beku. Sebelum boleh menggunakan fresh cream ikuti beberapa langkah di bawah:

1) Fresh cream yang dibeli biasanya dalam keadaan beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari. Jika ingin menggunakannya pada hari itu juga, nyahbeku pada suhu bilik tetapi pastikan jangan sampai terlalu cair. Biar kotaknya masih sejuk (mungkin titisan air akan kelihatan di luar kotak) tetapi apabila digoncang tiada ketulan-ketulan besar kedengaran.

2) Sangat penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan cream dan air yang terdapat di dalamnya telah 'seperate' atau terpisah. Jika anda terus tuang dan pukul tanpa menggongcangkannya terlebih dahulu, berkemungkinan fresh cream anda akan lembik dan tidak kaku walaupun telah dipukul lama. Ada kemungkinan anda hanya menuangkan air ke dalam mixer dan bahagian creamnya tertinggal di dalam kotak.

3) Tuangkan jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer. Pastikan tidak melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh cream akan mengembang berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang 1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk mixer anda.

4) Sebaiknya simpan bekas mixer dan beaters (pemukul mixer) dalam peti sejuk hingga sejuk sebelum hendak memukul fresh cream. Ini kerana ia lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Gunakan mangkuk stainless steel (jika ada). Walau bagaimanapun mangkuk plastik juga boleh digunakan.

5) Mulakan dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1C fresh, masa yang diambil untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah lebih kurang 2 minit.

6) Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'. Fresh cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir dan lembik. Jika terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat (apabila cuba dilepa atau dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia seperti terlalu berketul-ketul). Jika terkurang pukul, tambah lagi masa memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit fresh cream (yang masih dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia lebih cair.

7) Fresh cream dalam keadaaan kaku (kental) boleh terus digunakan atau disimpan dalam freezer beberapa bulan (bergantung pada jenama). Kek yang dihias dengan fresh cream biasanya akan mula mengeras (hiasan fresh creamnya) selepas hari ke-3. Seeloknya hias sehari atau pada hari anda ingin menghidangkan kek tersebut (setelah beberapa jam disimpan dalam peti sejuk).

8) Apabila anda ingin menggunakan fresh cream yang sudah di'freeze'kan, nyahbekukan fresh cream yang kaku tadi sebentar pada suhu, atau boleh juga dalam peti sejuk bahagian bawah.
 
9) Fresh cream boleh diwarnakan setelah dipukul kaku. Sebaiknya guna pewarna gel atau jika tiada, pewarna cecair (pastikan jangan terlebih letak, takut kandungan cecair tinggi menyebabkan fresh cream lembik). Ambil kuantiti yang diperlukan dan titiskan beberapa titis pewarna dan kacau menggunakan sudu. Fresh cream yang sudah diwarnakan akan 'matang' atau lebih terang warnanya setelah ia disimpan beberapa jam/semalaman di dalam peti sejuk.

10) UPDATE 26 MAY 2011: Fresh cream kental yang dinyahbekukan kemungkinan akan sedikit cair. Jika ini berlaku, sebelum digunakan pukul dengan mixer sebentar hingga kembali kental.

11) UPDATE 30 OCTOBER 2011: Fresh cream tidak sesuai untuk perjalanan jauh (contoh: perjalanan 5 jam dalam kereta) lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang terik. Paling jauh ia tahan (berdasarkan pengalaman customer) kek yang dihias dengan fresh cream adalah 3 jam dalam perjalanan dalam kereta beraircond. Juga pastikan cream yang digunakan adalah benar-benar non-dairy whipping cream dan bukannya dairy whipping cream. Dan pastikan creamnya telah dipukul hingga betul-betul kental untuk elak ia cepat cair.

12) Untuk mendapatkan fresh cream yang licin dan tidak berlubang-lubang ketika melepa, pukul fresh cream dalam satu arah sahaja. Jangan pukul kiri-kanan kemudian atas-bawah. Pukul samada ikut jam atau lawan jam, 360 darjah, speed medium pada saat-saat akhir. Ini bagi mengelakkan kita memasukkan gelembung udara ke dalam adunan (sama seperti kita membuat buttercream, perlukan kesabaran). Apabila ia kelihatan sudah kental, gunakan speed paling rendah dan kacau perlahan. Tujuannya untuk menyebatikan kembali mana-mana gelembung udara yang terdapat dalam fresh cream tersebut.

13) Sekiranya cuaca ketika anda ingin memukul fresh cream tersebut agak panas, anda boleh meletakkan mangkuk mixer (pastikan ia besi/stainless steel) di dalam mangkuk yang berisi ketulan air dan ais. Ini akan mengekalkan suhu fresh cream supaya sejuk dan memudahkan ia dipukul dengan lebih baik. (Credit to Puteri Aida sebab beritahu pengalamannya pada saya.)

Finally i made it myself....



Sekian lama teringin nak makan kek marble airtangan sendiri, akhirnya berjaya juga.  Tak tau kenapa lately terlebih rajin nak bake segala bagai kek dan kukis sendiri. Dulu tak teringin pun, sampai la beli oven untuk yang ke2 kalinya.  Resepi ni memang jelas dan mudah difahami....terimakasih pada tuan empunya resepi http://dapurkakyah.blogspot.com/



haaaahaaaa inilah hasilnya

Saturday 1 June 2013

jumaat yg barakah

walaupun tajuk entry aku ni 'jumaat' tapi hasilnya baru boleh keluar tatkala detik bertukar hari dan tarikh...x pe la. beberapa hari ni hati rasa puas dan tenang dpt baca semula buku2 motivasi kegemaranku. huh lega rasa mcm dpt smgt baru. betul la motivasi ni slh satu mknan jiwa. hari ni jugak kali ke3 aku try oven baru...masih belum berjaya sepenuhnya...x pe insyaAllah esok cuba lagi.
alhmdulillah cari punya cari sumber nak order sticker online (gara-gara tak sempat nak gi printing shop) jumpa jugak yg berkenan dan bg kerjasama yg amat baik dan pantas (moga istiqamah begitu ya stickermurah.com). dah lama nak buat sticker utk tampal kat choc moist aku moga jumaat yg barakah ini mengubah segalanya. ya allah kau permudahkanlah jalan utk hambamu ini, nak la pulak buat bisnes yg lebih feminin dan keibuaan gitu.
Sebenarnya aku bersyukur sgt sbb Allah bagi aku peluang dpt ilmu yg tak semua org dpt, banyak yg aku belajar dari ilmu hartanah, bukan aje ilmu tentang hartanah tu sendiri tapi ilmu tentang manusia, tentang hidup dan gossip yg buat aku kadang2 rasa mcm artis...mula2 dulu rasa mcm nak surrender je, lama2 dah tak kisah yg penting Allah tahu segalanya...ampuni aku ya Allah andai aku takbur berbicara begini.
hari ni en hubby ajak makan kat pantai ingatkan nak gi daftar pertandingan memancing tu je rupanya nak warm up memancing sekali. Esok encik hubby ngan si bujang no.2 nak masuk pertandingan memancing, doa ibu moga berjaya eh...the magic of thinking big dan percaya kuasa doa...insyaAllah.

Tuesday 30 April 2013

Carta Penukaran Sukatan (Measurement Conversion Charts)

Sumber: facebook: Rahsia Dapur

Sukatan bagi bahan cecair

Krim UHT/ Susu Segar/ Minyak Sayuran

1 tsp = 5g @ 5ml
1 tbsp = 15g @ 15ml
1 cup = 225g @ 16 tbsp @ 8 oz

Sukatan bagi bahan solid

Mentega / Margerin

1 tsp = 5g @ 5ml
1 tbsp = 15g @ 15ml
1 cup = 225g @ 16 tbsp @ 8 oz

Lain-lain Sukatan

Gula Pasir/ Gula Merah
1 cup = 185g

Gula Aising
1 cup = 130g

Tepung
1 cup = 125g

Tepung Jagung
1 tbsp = 13g

Susu Serbuk/ Serbuk Koko/ Coklat Hancur (Crushed Choc)
1 tbsp = 7g

Yis Kering
1 tsp = 3g

Garam/ Serbuk Penaik
1 tsp = 5g

Cream of Tartar
1 tsp = 4g

Selamat Menyukat :)

Saturday 30 March 2013

Kek Karamel Coklat Moist

Ini lah resepi yg saya dpt dari facebook.com/bukuresepi. Mulanya hanya buat untuk makan sendiri dan kawan2 terdekat tapi tak sangka lepas tu ramai pulak yg order, alhamdulillah buat la jugak untuk memenuhi hajat kawan2. Tak sempat nak upload pic kat sini sbb pic ada kat hp (yg benonya malas nak naik atas; tepon ada kat bilik).

Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel

Bahan Puding:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen
* Semua bahan di atas dipukul lembut.

Bahan kek:
Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.

Bahan C:
3 biji telur - diblend.

Cara-cara:
1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 1jam atau sehingga masak.





Alhamdulillah saya buat menjadi sebiji mcm dalam pic kat fb/bukuresepi tu.







Friday 29 March 2013

Monday 11 February 2013

Sekadar Perkongsian

Bila mulut  berkata:

mungkin kerana leka
sekali pena terlepas dari genggaman
ucapan "oopppssss" mendahului Ya Allah
bila perut kekenyangan
hai kenyangnya...mengatasi alhamdulillah

Bila terpegun dek keindahan
Subhannallah tertutup dengan cantiknya
bila diuji dgn musibah
kesiannya.......terucap hingga terlupa
innalillahi wainnailaihiraajiun
namun ingatlah
apabila Izrail dtg mendekati
biarlah kalimah LA ILLAHA ILLALLAH
MENJADI PENGAKHIR BICARA

"BEBAS DARI BELENGGU"....DR.AZHAR HJ SARIP