Nuffnang Ads

Saturday 1 June 2013

jumaat yg barakah

walaupun tajuk entry aku ni 'jumaat' tapi hasilnya baru boleh keluar tatkala detik bertukar hari dan tarikh...x pe la. beberapa hari ni hati rasa puas dan tenang dpt baca semula buku2 motivasi kegemaranku. huh lega rasa mcm dpt smgt baru. betul la motivasi ni slh satu mknan jiwa. hari ni jugak kali ke3 aku try oven baru...masih belum berjaya sepenuhnya...x pe insyaAllah esok cuba lagi.
alhmdulillah cari punya cari sumber nak order sticker online (gara-gara tak sempat nak gi printing shop) jumpa jugak yg berkenan dan bg kerjasama yg amat baik dan pantas (moga istiqamah begitu ya stickermurah.com). dah lama nak buat sticker utk tampal kat choc moist aku moga jumaat yg barakah ini mengubah segalanya. ya allah kau permudahkanlah jalan utk hambamu ini, nak la pulak buat bisnes yg lebih feminin dan keibuaan gitu.
Sebenarnya aku bersyukur sgt sbb Allah bagi aku peluang dpt ilmu yg tak semua org dpt, banyak yg aku belajar dari ilmu hartanah, bukan aje ilmu tentang hartanah tu sendiri tapi ilmu tentang manusia, tentang hidup dan gossip yg buat aku kadang2 rasa mcm artis...mula2 dulu rasa mcm nak surrender je, lama2 dah tak kisah yg penting Allah tahu segalanya...ampuni aku ya Allah andai aku takbur berbicara begini.
hari ni en hubby ajak makan kat pantai ingatkan nak gi daftar pertandingan memancing tu je rupanya nak warm up memancing sekali. Esok encik hubby ngan si bujang no.2 nak masuk pertandingan memancing, doa ibu moga berjaya eh...the magic of thinking big dan percaya kuasa doa...insyaAllah.

No comments:

Post a Comment