Nuffnang Ads

Wednesday, 26 October 2016

Tips selesaikan hutang

Inspirasi Spiritual:
3 Tips selesaikan masalah hutang:

Tips yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew.

Ada seorang sahabat Nabi, ada masalah hutang. Macam-macam dah buat, namun masih sempit jugak.

Lalu, Nabi saw ajar, sebelum masuk rumah;

+ Beri salam.
+ Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali.
+ Selawat ke atas Nabi.

Ustaz selalu amalkan saat susah, dan Alhamdulillah rezeki mencurah-curah selepas tu.

Jom amal setiap hari. Bermanfaat? SHARE laju-laju.

#NotaJumaat: Nak tips mewah rezeki menjual di FB, ada di sini >>> bit.ly/KuasaSoftSell

Rahsia Berkasih Sayang Dengan Asma ul Husna

Inspirasi Spiritual

Selamat berhujung minggu semua. Sambil-sambil korang duduk lepaking dengan suami & anak-anak, selitkan dengan zikir untuk eratkan kasih sayang sefamili.

Apa zikirnya?

YA RAHMAN, YA RAHIM, YA JAMI', YA WADUD.

Seeloknya bacalah 40x. Kemudian bicara hati, Ya Allah Yang Maha Pengasih Penyayang, satukanlah hati-hati kami suami isteri dan anak-anak dalam rahmatMu, moga cinta kami mekar untukMu dan bertemu semula kami di syurgaMu.

#BukuPenyucianHati99AsmaulHusna
#InspirasiSpiritual

Thursday, 20 October 2016

Rezeki vs Duit

Fb: Hajar Abdullah

Blurppp! Hanya bunyi balingan batu yang terdengar. Sekeliling semua senyap sepi.

-- Ehemm... Dari tadi baling batu, termenung jauh tengok sungai. Plus, you don't speak at all. Something is wrong?

Tersenyum pandang orang sebelah. Kembar aku sorang ni. Spoil daaa. Baru nak menikmati 7 petala alam yang indah belaka. Dah dia tanya, teringat pulak ada orang tanya bab rezeki. Maka...

--- Pernah tak rasa risau menyelebungi diri pasal rezeki saat bangun pagi? Especially moment lihat nombor dalam akaun bank makin kurang. Rezeki is uncertainty, not sure whether we can get it or not.

And everyday you thinking about it like crazy. Until it comes to the level, boleh tak aku takyah fikir langsung macam mana nak dapat duit untuk survive setiap hari? Still end up, nak tak nak kena pikiq juga kan?"

...

Sepi sejenak. Sudahnya, dia ambik gitar petik dua tiga note dan berhenti. Faham dah itu style dia sebelum jawab soalan. Ada bunyi, baru dapat ilham.

-- Depends to your definition. Rezeki tu maksudnya luas. Kita dapat lihat pemandangan cantik, satu rezeki. Hubungan kita satu famili penuh dengan kasih sayang, juga rezeki.

Rezeki is not equal to duit only. Stop measuring our own rezeki by looking how much money we have in the bank. Because money is the worst motivation in the world.

Just focus what we can do and what we have, itu juga rezeki yang luar biasa. So, back to the origin. Apa yang menyebabkan seseorang boleh resah tak tentu arah saat fikir tentang duit?

--- Sebab diri tak rapat dan hanya cari Allah bila susah?

-- Great answer. Bayangkan 7 000 juta manusia di dunia termasuk kita ingin tenang, banyak duit dan everything in heaven. Despite, life kita sekarang bukan begitu. We are struggling to get everything.

Sebabnya? Dunia adalah ujian, akhirat baru ganjaran. Tanya 3 soalan ini pada diri kita :
+ Adakah aku mahu duit yang banyak?
+ Nak duit lebih dari cukup atau cukup-cukup makan je?
+ Ingin duit atau rezeki?

Muka aku jadi blur. Cuba fahamkan ayat terakhirnya. Ingin duit atau rezeki? "Proceed."

-- Okay, kita fahamkan dulu apa maksud Tuhan. Tuhan ialah Maha terkaya ia atas segala sesuatu di mana semua makhluk bergantung kepada-Nya.

Itulah Allah SWT. Dia Ya Razzaq Maha pemberi rezeki, Ya Ghani Maha kaya dan Ya Mughni Maha pemberi kekayaan.

The question is berapa ramai orang yang percaya Allah miliki semua ciri di atas namun tak yakin Allah akan makbulkan apa sahaja yang diminta?

Sesetengah orang kata tak perlu jadi kaya. Itu terpulang kepada diri mereka. Tanya diri mengapa kita minta kekayaan? Sejujurnya diri nak apa? Jujur saja dengan Allah.

Mahu duit banyak? It is okay. Kerana kita ada pilihan melalui kekayaan untuk pilih yang terbaik dalam pendidikan, ilmu, haji, sedekah dan infaq harta di jalan Allah.

Duit adalah alat hidup, bukan matlamat hidup. Duit letaknya di tangan, bukan di hati.

Namun mengapa masih ada yang terkial-kial susah payah miliki banyak duit padahal selalu minta rezeki dari Allah dalam solat dan doa?

Sharing daripada Ustaz Syeikh Abdul Rahman : yang kita minta selama ini adalah rezeki bukan DUIT. Allah kabulkan apa yang kita minta. Kita nak rezeki, Dia bagi rezeki. Kita minta duit maka Dia beri duit.

Fahamkan ini : Duit adalah rezeki namun rezeki bukan duit. Kita tidak akan dapat duit yang banyak jika minta rezeki. Kerana sihat itu rezeki, berilmu itu rezeki, tenang itu rezeki dan apa-apa yang bermanfaat itu rezeki.

Nak tahu apa itu rezeki yang kita selalu minta dalam doa?

Kepala angguk saja. Makin menarik pulak topik yang dibicarakan.

-- Meaning rezeki sebenar yang kita sering inginkan ialah keperluan dan kesempurnaan hidup. Allah dah makbulkan pun. Apa yang kita perlukan untuk hidup?

Udara, makanan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan emosi diri yang sejahtera.

Tidakkah itu semua dah Allah makbulkan? Jadi, siapa kata Allah tak kabulkan doa kita selama ni. Ya Allah, berikan aku rezeki yang melimpah-limpah. You already got it!

Still belum dapat duit yang banyak pun? Sebab kita tak doa secara fokus, jelas dan spesifik berapa banyak duit kita nak. Again remember this, rezeki bukan duit. Duit itu adalah salah satu rezeki kurniaan Allah.

Sekarang, faham dah?

Oh la la, aku jadi teruja. Segera ambil handphone, catit point penting. Dia sengih +  geleng kepala. Sebab faham peel aku macam mana.

Aku sambung taip, dia sambung buat lagu sambil memasing nikmati suasana ini. Huraiannya disambung dalam ebook ni >>> http://bit.ly/RahsiaDiManaRezeki. Di-publish atas permintaan. Kalau dop, takdenya nak tulis.

Kanser - Penawar dengan Asma ul Husna


Perkongsian fb: Ummi Rosmawati

Share status ini, kepada sahabat kita yg diberi ujian oleh Allah SWT

TEKNIK MENGELAK DARI PENYAKIT KANSER:

Penyakit Kanser adalah berpunca dari sel darah yang dijangkiti kuman kanser, kuman ini dicipta oleh ya khooliq yang maha pencipta dan dihidupkan oleh ya Muhyi, diberi daya mudarat oleh ya Dharru dan diberi daya mematikan oleh ya Mumit.

Hakikat sebenarnya Allah lah yang berkehendak menguat keimanan hambaNya dan menarik hambaNya yang jauh dariNya kembali dekat kepadaNya.

Oleh itu teknik untuk mengelak kanser adalah memastikan iman sentiasa kuat dan hati sentiasa dekat dengan Allah.

Amallah setiap hari amalan berikut:

Doa menguatkan iman:
1. Ya Allah ya Aziz ya Qowiy ya Matin ya Mukmin, perkasa, perkuat dan teguhkan imanku kepadaMu ya Allah, teguhkan imanku kepada KitabMu, teguhkan imanku kepada RasulMu, teguhkan imanku terhadap malaikatMu, teguhkan imanku terhadap akhiratMu, teguhkan imanku kepada qada' dan qadarMu.

Doa mohon dekat dengan Allah:
2. Allahumma Ya Fattah, bukalah hijab yang menghijab hatiku denganMu. Ya Quddus ya Jalil, sucikan kotoran dihatiku yang menyebabkan daku tidak dapat merasai kedekatan denganMu. Ya Qoreeb, masukkan rasa dalam hatiku yang Engkau dekat lebih dekat dari urat leherku. Ya Nuur, pancarilah cahaya makrifahMu dalam jiwaku agar daku nampak dengan matahatiku bahawa Engkau ya Hayyu ya Qoyyum hadir dalam hidupku mengurus jasadku, mendegupkan jantungku, mengalirkan darah dalam saliran darah, memproses makanan dan mengeluarkan najis dari tubuhku.

3. Doa untuk mohon kekal dalam kekuatan iman dan kedekatan dengan Allah:
Allahumma Ya Baaqi ya Mukmin yang maha kekal lagi memberi keimanan, kekalkan iman dalam hatiku, ya Baaqi ya Qoreeb, kekalkan daku dalam kedekatan denganMu.

#ZikirUntukKANSER

Wednesday, 19 October 2016

HOPE by Insyirah Azhar

Dan bila kau hilang harapan untuk mendapat kasih manusia, bila kau rasa tiada sesiapa mampu menerima dirimu lagi,
bila kau tak jumpa jalan keluar,
bila kau tak tahu nak luah pada sesiapa,
bila kau rasa tak kuat untuk berubah, hadamkan pesanan ini:

Bagi kau yang rasa tiada manusia dapat menolongmu, tidak jumpa jalan keluar,
ingatilah pesanan Hamka,
“Di waktu segala jalan hubungan di bumi ditutup orang, hubungan ke langit lapang terluang.”
Tiada orang akan pulang dengan tangan kosong bila kau pinta pada Tuhan.

Bagi kau yang pernah melampaui batas, janganlah berputus asa daripada rahmat-Nya. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun segala dosa.

Bagi kau yang sedang sulit diuji, jika Allah mengkehendaki kebaikan kepadamu, tiada siapa yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki maka berpalinglah, menadah tangan hanya kepada-Nya.

Bagi kau yang rasa tidak kuat berubah, tiada siapa yang dapat beri petunjuk melainkan Dia. Saat Dia berikan kau petunjuk dan kekuatan, tiada siapa yang dapat menghalangnya.
Kerana jika mahu pinta pertolongan, pasti kau akan cari mereka yang terdaya dan dapat bantu.
Maka hanya Dialah sahaja yang terdaya untuk segala perkara.
Kekuatan, kekayaan, pengampunan, kesihatan, ketenangan dan apa sahaja yang kau inginkan.

Maka pintalah daripada Dia——- La hawla wala quwwata illa billah (tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah)

Tulisan ini adalah harapanku. It gives HOPE. Dengannya, ku raih ketenangan. Dengannya, aku sedar——- Allah dulu, Allah lagi, Allah terus




Fikir, cakap, tulis...jgn main2

Hypnovengers Academy:

"Ala.. apa la sangat setakat bercakap baik-baik pada diri sendiri atau jaga bahasa. Macam poyo. Bukan ada kesan pun.."

Perkataan boleh buat orang sakit. Boleh buat orang bergaduh. Boleh buat orang Down dan pelbagai lagi termasuklah buat kamu berpandangan dan rasa macam poyo tu tadi. Semua sebab apa orang kata (sama ada baca atau terdengar).

Jadi, perkataan juga pasti boleh buat orang sihat, bahagia, bersemangat, bangkit berjaya dan sebagainya lagi.

Perkataan sebahagian daripada doa. Mendoakan orang celaka pun ada kesan. Apa lagi jika mendoakan yang baik-baik.

Perkataan tu dituju ke otak atau wilayah bawah sedar iaitu sistem yang memproses data kepada sikap dan tindakan.

Lebih baik ucap, fikir dan dengar yang baik-baik saja kan?

Tapi dengan syarat. Mesti Yakin. Berdoa kalau tak Yakin tak bakal beri kesan.

Mungkin hari ini anda rasa ia remeh. Setakat komen dengan perkataan celaka, lahanat dan sebagainya lagi tu tak ada apa.

Secara tanpa sedar itu sudah mencerminkan data sebenar dalaman anda. Tak kisahlah anda ada bisnes bagus ke, ramai followers ke. Bukan bermakna anda bagus dalam membendung bawah sedar diri dan orang lain untuk tak terprogram. Harus bertanggungjawab bila sudah sebar virus negatif.

Kesan tu kadang bukan terus direct kepada anda. Dia makan dalam sikit-sikit. Paling parah, kesannya tu ke anak dan pengikut.

Sebab tu kadang, gurauan boleh jadi realiti. Negatif dan Positif ni pilihan. Kita diberi akal untuk fikir dan pilih.

Perasan tak, orang yang dah terlajak buat perkara negatif ni dan dah terima kesan. Dia akan balik asal semula perbetul semua dalamannya sampai beri kesan pada luarannya (insaf / taubat). Itu sebahagian daripada proses program diri.

Lebih baik banyak beri dan cakap yang baik-baik. Tak kisahlah untuk diri atau orang lain. Mana tahu antaranya tu makbul kan..

Insya-Allah

* Pesanan ni sangat penting buat diri saya sendiri yang sedang berusaha perbaiki diri.

www.hypnovengers.com

Bangkit, bangkit, bangkit !!!

Kesilapan diri bukan utk ditangisi dan dikesali selamanya...
Ianya utk dibaiki dan diinsafi...
Let bygones be bygones
Move on...

Rezeki kita bukan semua hak kita

Penghargaan: Penulis Asal Tuan Irfan Jani
Perkongsian FB: Tuan Ikram Al-Banjari

Bumi Sungai Petani sedikit basah sejak awal pagi itu. Setelah reda, aku menapak keluar mencari sesuatu yang boleh disarap.

Sepanjang langkahan kaki, kutoleh kiri dan kanan, tiada satu pun gerai makan halal yang dibuka, melainkan kedai bertulisan yang tak dapat kubaca.

Lalu pilihan terakhir, di hujung blok ada 7-11 jadi penyelamat. Syukur, dapatlah aku secawan kopi panas dan roti sepaket-dua.

Dengan penuh hati-hati, aku memegang cawan kopi panas sambil menapak pulang ke hotel, tempat inapku semalam. Di sana, sangkaku, ada muzik yang tenang buat peneman.

Sambil berjalan kaki, aku perhati di sudut jalan, eh ada ramai orang di situ.

Nampak kepul asap wap panas itu cukup jadi penarik orang di celah cuaca dingin begini. Oh, ada warung makan di sini. Roti prata. Baru perasan.

Hampir penuh kerusi dan mejanya kecuali di hujung ada dua kerusi berdepan tidak bertuan.

Dengan kopi yang masih panas di tangan, aku duduk tanpa segan, dan memesan. Roti bawang satu, dan roti telur, dua-dua dalam sepinggan.

Sambil asyik kunikmati rezki pagi itu, siapa sangka, ada rezki yang lebih besar buatku. Terima kasih buat anda yang masih sabar menunggu.

Selang 2-3 minit, seorang uncle, 50-an, segak kemas berkemeja, turut duduk di hadapanku.

"Teh tarik satu," pesan uncle itu.

Aku berbaju Melayu, dan dia berpakaian pejabat, itu bezanya kami.

Namun, dia membawa sebungkus nasi lemak sedang aku secawan kopi, inilah persamaan kami. Kami berdua bawa makanan dan minuman dari luar.

Tiada apa yang kami bualkan,.

Sampailah saat masing-masing bangkit tinggalkan kerusi, uncle ini memanggil pelayan,

"Kira sekali, tauke," sambil tunjukkan jarinya pada pingganku.

Aku tersipu-sipu. Rezki tak boleh ditolak, itu prinspku.

Tapi, ternyata fahamanku tentang rezki ada silapnya juga...

"Ok, ini pulak untuk nasi lemak saya dan kopi dia," uncle ini menambah jumlah bayaran pada pelayan.

Aku terkejut. Uncle ini bukan setakat bayar apa yang kami berdua pesan, tapi termasuk juga kopi aku dan nasi lemaknya yang tidak dipesan.

Dalam terpinga-pinga, pelayan pun ambil bayaran dari uncle.

Kami sama-sama berjalan keluar dari kedai, dan aku ambil peluang ini,

"Uncle, saja nak tanya. Kenapa bayarkan sekali kopi saya dan nasi lemak uncle?"

"Oh, nasi lemak saya dan kopi you tu, patutnya jadi rizki dia pagi ini. Tapi, sebab kita 'sulah' potong itu rizki, so kita kena gantilah."

Aku tertampar akalku. Penjelasan yang 'mengajar' sekali.

Kami berhenti di tempat keretanya bertapak.

Sebelum kami berpisah, sempat kutanyakan ini,

"Uncle, baguslah cara fikir macam tu. Mana uncle belajar?"

Sambil uncle buka pintu keretanya,

"Kita selalu masuk hotel five star, kita nampak situ ada tulis, 'Outside Food Not Allowed'. Di fast food dan restoran besar juga ada. Kita pun follow itu sign, sebab kita respect itu tuan kedai. Kita tahu itu sign, tujuan dia nak 'protect' rizki anak-anak buah dia."

"Kopi you, nasi lemak I, patutnya jadi rizki dia, tapi kita bawa dari luar. Kalau itu macam kedai besar pun kita mau jaga, ini warung gerai pun kita patut layan sama."

Ini suatu yang amat besar di dalam hidupku.

Saban hari, kita perjuangkan,
"Ini rezkiku."
"Ini mata pencarian kami."
"Jangan ganggu periuk nasi kami."

Tapi, tidak sesaat pun, walau semili-saat sekalipun, terlintas di hati kita, apakah pernah selama ini ada bahagian orang lain yang sedang kita pijak?

1) Kita biarkan meja tidak dilap sewaktu tinggalkan premis, kononnya nak bagi pelayan ada kerja, sedang kita tak tahu berapa cukupkah rehatnya dia semalaman?

2) Kita lepak berjam-jam di meja makan untuk urusan sia-sia, tapi perasankah kita, orang lain masih menanti meja, bukankah itu untung tuan kedai yang kita tangguhkan?

3) Kita berlama-lama sewaktu proses berjual-beli, hebatlah kita menguji skil penjual itu, sedangkan telah seharian penjual mengharap secubit nasi untuk disuapkan?

4) Kita merayu melutut saat meminjam, kemudian kita bangga tayangkan gembira, padahal tidak kita sedari yang beri pinjam itu berasnya juga dicatu?

Bilakah kali terakhir kita fikirkan rezeki orang lain yang telah kita tangguhkan?

Kita katakan, rezki manusia, masing-masing. Tapi, kita sendiri lupa, adakah kita juga menindas insan lain?

Bukannya soal berapa banyak yang telah masing-masing usahakan. Tetapi, sudah berapa banyakkah yang telah kita ambil dari orang lain, tanpa sengaja? Inilah persoalan dari jiwa seorang yang punyai iman.

“Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur – berterima kasih.” – (An-Nahl, 78)

Semoga, hati kita terus di'celik'kan oleh Allah, dan mata kita masih 'cekap' melihat perilaku kita sendiri.

p/s: Dituliskan kisah ini, oleh Tuan Al Irfan Jani. Diberi izin oleh beliau untuk diterbitkan di wall saya ini. Follow beliau untuk Tips Stori Inspiratif.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan.

Tuesday, 18 October 2016



Sekali lagi...maafkanlah

TERAPI DIRI TERBAIK

Tahu apa terapi diri terbaik? MEMAAFKAN. Ye, memaafkan.

Pernah dop saat rasa sakit hati terhadap orang, namun hati rasa tenang? Tak pernah, kan?

Bila diri penuh rasa dendam, tak memaafkan, yang sakit sebenarnya bukan orang yang kita tak maafkan. Namun diri sendiri yang sakit. Sentiasa tak tenang, rasa ada hambatan dalam diri. Lagilah kalau rasa itu terhadap ibu ayah sendiri. Hambatannya sampai ke rezeki.

Kata guru hipnosis saya, "Perlu faham proses memaafkan. Memaafkan bukan semestinya membiarkan orang terus buat salah terhadap kita. Rasa 'sakit tu di sini' yang perlu dirawat dengan memaafkan. Yet, still perlu berhati-hati agar diri tidak dilukai sekali lagi."

Kalau dalam hipnoterapi caranya delete emosi yang ada pada memori. Emosi marah, sakit hati terhadap orang tersebut yang dibuang. Maka bila selepas itu kita berjumpa atau teringat orang itu, kita dah tiada rasa apa-apa terhadap dia. Kan hati sendiri yang lebih tenang?

Siapa kita untuk tidak memaafkan. Sedangkan Allah Ya Afuuw, Ya Ghaffar Ya Ghafur lagi memaafkan hambaNya. Sedangkan Nabi memaafkan umatnya. Siapa kita untuk tidak memaafkan manusia yang buat salah terhadap kita?

#HypnoSelfEsteem
#MemoCTA bit.ly/KuasaMinda
telegram.me/InspirasiSpiritual

Monday, 17 October 2016

Pimpin aku kembali padaMu

Telegram@Inspirasi Spiritual:

Kadang2 kita sukar fahami, mengapa dengan zikir semudah 'Astaghfirullahal Azim',
Tuhan boleh ampunkan segala dosa kita & anugerahkan banyak benda best-best?

Hakikatnya begini : kita ni manusia. Asalnya lemah, tak mampu, amat bergantung,
tak bermaya. Macam baby baru lahir. Semua bergantung kepada ibunya.

Tapi bila semakin kita membesar, kita dah mula bergantung kpd benda lain.
Bila dah pandai berjalan, kita tak bergantung utk ibu dukung. Bila
dah mula berkawan, kita dah mula kurang berbual dgn ibubapa. Bila dah
bercouple, kita mula 'bergantung' kpd si dia. Bila makin dewasa,
pergantungan kita kepada jawatan, kedudukan, wang ringgit , pangkat dll.

Kita semakin bergantung kpd pencapaian diri & apa yg kita miliki
& terlupa 'campurtangan' Tuhan disebalik semua yg kita ada.

- Kita rasa badan kita kuat, padahal kena gigit nyamuk pun boleh mati,
- Kita rasa pangkat kita besar, padahal Nabi Sulaiman dulu kuasai dunia,
tawaduk je....
- Kita rasa wang banyak itu hebat, padahal Qarun dulu berkali-ganda kaya,
tapi bagi Tuhan, useless sbb berlagak,
- Kita rasa hensem & cantik itu menjanjikan, padahal tahan tak lama pun.
Kejap lagi kerepotlah,
- Kita rasa sihat padahal kalau Tuhan tak protect, berjuta bakteria & kuman
sedia ada dlm badan boleh hancurkan kita......
- Kita rasa 'besar' dgn apa yg kita capai & miliki padahal Tuhan kata,
bumi yg besar pun masih tunduk berzikir.....

Astahfirullah. Betapa sombongnya kita dariNya. Kita sudah mula lupakan Tuhan
yg Maha Pemberi. Kita lupakan Tuhan di saat Dia tetap menjaga kita dengan
penuh kasih-sayang. Dia masih kurniakan sejuta rezeki di saat kita membalasnya
dengan sejuta kesombongan.

Kita hidup dengan zikirnya tiada, Qurannya sehelai-dua, istighfarnya 3kali sahaja,
solat wajibnya hujung waktu, sedekahnya secebis cuma, amalan sunatnya kosong,
nabinya terlupa.

Tanpa sedar sudah mula berlagak & lupakanNya padahal kita ini bak baby,
still perlukan penjagaan, rezeki & keselamatan dari Ilahi.

Kerana itu kita perlukan istighfar. Kita perlukan taubat.

- Taubat itu maksudnya kembali. Kita sesat dihujung jalan kehidupan,
kembali semula u-turn kepadaNya.
- Istighfar itu maksudnya 'tutup'. Kita mohon Tuhan menutupi segala aib
& dosa agar kita tidak terkena 'side effect' dosa.

Apakah side effect dosa? : Tuhan mungkin menguji kita dengan ujian yg
tak tertanggung : wang dirompak, rumah dilelong, rezeki putus,
dibuang kerja, sakit tiada penyembuh, anak hilang.

Na'uzubillah. Takutnya kita dengan semua itu.

Oleh itu, saya ingin mengajak, mari sempena hari mulia ini,
kita BERISTIGHFAR.

- Istighfar dlm hati, istighfarkan jari, istighfarkan mulut,
istighfarkan tangan, badan, kaki,
- istighfarkan jawatan, kerja, pangkat
- istighfarkan wang, harta, kereta, rumah, saham,
- istighfarkan anak, cucu suami, isteri,

kerana semua ini ada tercalit dosanya. Dosa terlupa untuk berterima kasih
dengan Tuhan saat menerima kurniaan.

Astaghfirullahal Azim. Ya Rahman, bantu, bimbing & pegang 'tangan' kami
untuk pandai kembali kepadaMu. Kembali untuk sedar diri, bersyukur
& bertawakkal kepadaMu.

'dan hendaklah kamu beristighfar kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya.
(Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan
yang baik (terus menerus) kepadamu ..... (Hud 3)

- Ust Asraff Ayob

Maafkanlah..

Brian Tracy berkongsi di dalam blognya, masalah terbesar dalam hidup ini adalah apabila kita tidak maafkan diri sendiri di atas kesilapan lalu yang pernah dilakukan. Kita hidup dalam bebanan penyesalan dan selamanya menghukum diri kita.

Sedarlah, orang yang melakukan kesilapan lalu itu bukanlah orang yang sama dengan diri kita sekarang. Malah, kita adalah orang yang sangat berbeza dengan pengalaman yang berbeza, pengetahuan yang berbeza, kebijaksanaan berbeza dan pandangan yang berbeza.

"The person who did those things that you regrets is not you. It was a younger version of yourself."

Melakukan kesilapan itu normal. Kerana kesilapan mengajar kita untuk menjadi diri kita dengan versi berbeza.

So, jika kita nak move forward, let yourself off the hook. Maafkan diri sendiri. Katakan pada diri berulang kali;

"I freely forgive myself for any mistake that I have ever made."

Percayalah, hidup akan lebih mudah selepas memaafkan kesilapan diri yang lalu.

Kredit fb: Izwah Saaiddutdin
#CharmHypnotist

Yang berlalu biar berlalu

Jalan terus...pasti Allah sedang menyediakan sesuatu yang terbaik untuk setiap hambanya yang diuji. Kenapa lah nak diingat cerita atau kenangan yang negative, segala yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Cuba fikir setiap kali diuji, sebenarnya kita boleh aje tempuhi nya.. dah itu janji Allah bahawa setiap ujian hanya pada yang mampu dan terpilih saja.
Tak habis fikir dan tak kan selesai segala kesilapan kalau tak diberi kesempatan dan kemaafan untuk diri sendiri.

Kita manusia biasa pastinya ada waktu kita sgt down dan mula menyalahkan diri sendiri.  Menyoal diri sendiri tak sudah-sudah. Kesannya??? mulah takut pada sesuatu yang belum terjadi.
Seringkali kita terlupa, kita sbnrnya sentiasa diberikan pertolongan yang tanpa diduga.

#peringatanuntukdirisendiri
#akuberserah

Sunday, 16 October 2016

Berubah???

Banyak kali cuba berubah namun tak semudah yang diniatkan apalagi yang diucapkan. Kadang-kadang rasa mcm tak kenal diri sendiri. Banyak kali juga berazam untuk menepis "small little voice" dalam diri.
Subhanallah nikmatnya bila berjaya mendelete keraguan dalam diri sendiri. Terasa kerdil sgt disisiNya hatta hati sendiri pun sukar untuk ditadbir inikan pulak nak terokai hati org.

Saat hati rasa berputus asa, ragu, takut, gementar dan entah apa-apa, pertolongan Allah tak pernah terhenti, selalu ada je petunjuk yg dtg.

Alhamdulillah jumpa link utk ebook percuma 'berdialog dgn Allah' karya Cik puan Insyirah Azhar (moga dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa)

https://drive.google.com/file/d/0B8bhyQg5mboyWjJzaDZlRk51bzA/view

Habis baca mcm kena tampar dgn tangan sendiri pulak..
Alhamdulillah lenyap keraguan 🙌