Nuffnang Ads

Wednesday 1 October 2014

Hari ini punya cerita

Cerita 1:
Bila mak dah pandai whatsapp.

Pagi ni dapat peluang lg berkumpul bekfes ngan kwn2 lps ank2 dan somi2 gi stesen masing2. Tba2..hp Elin bunyi call dari mk mertua. Mula2 aku terkejut dgr 'tlg mak sat' bunyi mcm cemas rupanya smartfon baru dia hang. Lorr ingatkan apa? Alkisah mk mntua kwn aku ni baru pndai ber whtsapp rupanya..terang hati mak datin ni sekejap je tusyen byk dah pndai, hbs diupdatenya..segala bagai function dia dah jumpa. Agaknya tu lah yg smpai hang smartfon dia gaknya..haah gelabah semcm. Tapi bila tgok pd apa yg dia update nmpk sgt gembira hati seorang ibu mcm dekatttttt sgt ngan ank,menantu dan cucu. Mmg patut lah mak2 kita pndai ber whatsapp, biar dia update ayam, itik, pokok, rumah...apa je lah..at least lps gak rindu ek?

Cerita 2
Apakah ini mmg normal pd fasa per tghn perkahwinan?

Ini soalan ke tajuk? Entah...x kisah lah. Sian aku kat si dut ni..mmg lah dia x belajar tinggi, x penah keja bagus tp rasanya dia lbh excellent jaga mkn pakai somi dan ank2 dari kitorang yg 'graduate wives' ni.
Agaknya kan somi zaman skrg yg bijak pndai ni ingt lps ijabkabul je, suka hati aku lah nak layan korang mcmana, lbh2 lg bila mcm baru sdr bini aku x sehebat pompuan2 yg skrg aku jumpa.  Ikut mood aku lah ye bila aku nak syg ko, nak manyampah ko, nak romantik, nak maki hamun nak hape2 lah...ikut aku lah.
Aduhhhh cik2 Abg syg, encik2 somi jgn lupa belajar balik tempt isteri sepatutnya dimana dlm hidupmu dan yg lg penting rezeki mu yg Allah luaskan itu berkat redha, doa dan cinta seorang isteri.

Alhamdulillah, tksh Allah Kau temukan aku dgn kwn2 yg baik yg saling mendorong dan menggembirakan dgn cara kami yg sesuai dgn status kami..isteri daan ibu.
Alhamdulillah hazaa min fadzli rabbi













Tuesday 1 April 2014


Tersentuh Matahati Saya

- HUTANG ITU NIKMAT ( DENDA CASH DARI ALLAH ) -

Perkongsian saya dari pembacaan ustazd yusuf mansur... saya menangis senangis nangisnya kerana baru saya faham. Setelah berguru dengan guru saya lagilah saya faham.... Masya Allah bila dapat tahu hutang itu antara nikmat Allah berikan pada saya...

Sebelum ini ada ramai yang beritahu saya hanya sharing perkara yang best-best sahaja, saya baik-baik... Kali ini saya ceritakan cabaran saya. Kata ustazd yusuf mansur hutang yang ALLAH berikan pada hambanya antara untuk menghapus dosa dosa kepada ibu bapa, suami, tidak menutup aurat dan dosa dosa selami ini

Saya sangat sentap... hmmm^_^ saya yang dahulunya seorang anak sedari remaja yang selalu menjauhkan diri dari orang tua saya. Bukan tidak sayang tapi saya tidak pandai untuk menyatakan sayang pada mereka.

Anak yang dahulunya keras kepala, degil dan tidak mahu mengalah serta egonya yang sangat sangat tinggi. Diluar perwatakannya lembut dan ceria tetapi didalamnya penuh dengan dendam dan amarah.

Temboknya sangat tinggi selama hampir 30 tahun hidup dalam keadaan itu... kesian bila tanpa sedar perjalanan kehidupan dan kerjayanya sangat kosong dengan redha dan berkat orang tua dan paling kesian bila tidak sedar kebocoran dalam kehidupan...

Apa erti perniagaan yang memiliki perlbagai sumber kewangan dan hasil yang lumayan tapi untuk sederkah pun tiada... Malu pada diri sendiri untuk bersedekah perlu berkira kira.

Andai hutang yang saya tanggung adalah penghapus dosa dosa... saya redha. Saya bertanggungjawab dengannya... Dan saya tidak pernah rasa berhutang itu satu dosa atau hina. Sebab ada yang berhutang untuk membeli susu anaknya, ada yang berhutang kerana tidak mahu dia dihalau dari rumah dan pelbagai cabaran yang dihadapi... tidak semua orang bercerita kenapa dia berhutang...

Ilmu yang baru saya jadikan darah ini baru lagi... dosa-dosa saya selama hampir 30 tahun... bukan mudah " oh hari ini saya berguru dan bermentor baru usia setahun jagung hutang-hutang yang saya tanggung hampir 10 tahun sejak saya mula berniaga selesai dengan sekelip mata "

Step by step dan try and adjust... alhamdullilah saya berhutang dengan manusia^_^ saya tidak pernah mengelak kerana kata guru " hutang makin kita lari makin kita dikejar "

Betul ke betul?

Saya serahkan segalanya pada ALLAH... jika nawaitu saya betul... in shaa ALLAH... ALLAH dengan saya... Itu saya pasti!!!

# nak saya dah sharing cerita cabaran saya... hihi

- Deyana Hatazad -
CEO : Cyecah Cyecah

Saturday 29 March 2014


Kek Coklat, Cookies dan Fanpage

Bismillah

Alhamdulillah, sekejap aje dah nak habis bulan Mac. Beberapa bulan lagi, Ramadan bakal menjenguk, mudah2an Allah panjangkan usia untuk bertemu lagi dengan Ramadan. Aduhhhh lama betul dah akak tak bersiaran...sibuk melayan kek coklat bersambung dengan Almond Chip Bites (nama ciptaan syok sendiri). Makin hari makin serasi dan makin sayang pulak dengan kerjaya ni.

Kerana dua produk ni juga akk rajin mengupdate fanpage akak (Kek Coklat Jaja), alhamdulillah ramai jugak yang like (skrg baru faham nikmat online biz).

Kalau ada yang berhajat nak jadi agen jualan akak, amatlah dialu-alukan. Mana tau tahun ni boleh raya sakan dengan hasil jualan kek dan cookies ni...Aaminnnn. Modal tak besar, sape2 pun boleh cuba...

Kita sama2 mohon pertolongan dariNya supaya dimudahkan segala urusan.