Nuffnang Ads

Sunday, 22 January 2012

Working@Home Mom

Hari ni baru dapat peluang update blog, alhamdulillah rezeki 2012 barangkali...sebuah banglo terjual dengan proses agak mudah (dipermudahkan ALLAH). Bila sebut pasal kerja dari rumah ni bunyinya macam senang je kan? tapi hakikatnya ia memerlukan ketabahan dan disiplin yang mencabar. Adakalanya rasa macam berperang dengan diri sendiri.

Bermula Rabu 18/01/12 talian henfon macam hotline dari prospects yang sedang mencari rumah kediaman, kering air liur tapi hati puas dapat berkongsi serba sedikit ilmu. Ternyata ramai yang masih belum tau prosedur jualbeli hartanah.
Kalau ada yang berhajat nak terjun ke dunia hartanah atau ada yang nak kongsi ilmu hubungi saya or tinggalkan komen kat bawah, insyaAllah kita kongsi ilmu kurniaanNYA.

Bisnes online Jamu Perawan pun sama naik sibuknya, alhamdulillah syukur sgt terima feedback positive semoga apa yang kulakukan ini mendapat keberkatanMU... hahaa kalau nak cuba or nak bisnes, jemputlah....

http://www.myheartmysoul.com.my/

YA ALLAH ENGKAU MAHA PENYAYANG, permudahkan urusan hambamu ini.

Friday, 13 January 2012

Sayangku...Hazeeq


12 Jan 2012 09:29pm

Sms dari adikku Roza:...hazeeq sawan lagi! (Hazeeq,simontel anak saudara kesayangan semua), terbantut segala idea, baru je aku jengok semula blog yang dah lebih setahun aku create tanpa apa-apa post. Entah kenapa sejak akhir2 ni rajin betul nak menulis, tp berita Hazeeq buat aku bimbang, terbayang pengalaman ku 15 tahun lalu mcmana aku panik bila adiel pernah mengalaminya secara tiba2 hanya setelah berusia 8 bulan. Sian adik mesti dia panik tambah pulak ayah Hazeed tak de. Aduh...sedihnya aku bila Roza kata adik disuruh keluar untuk membolehkan doktor dan kakitangan hospital ambik darah Hazeeq. Warded! kata Roza,tak pe lah lega sekurang-kurangnya dah terlepas ketakutan Hazeeq masa ditinggalkan dengan orang-orang yang begitu asing baginya.


13 Jan 2012 04:30pm

Dapat dengar suara Hazeeq mengomel dari corong telefon, adik kata dia tak nak tidur.
Ayah Hazeeq dah sampai LCCT..dia demam rindu rasanya..

Kat sini hujan lebat tak berhenti dari subuh tadi, Adiel pun demam juga...si bujangku ni satu problem gak...asal exam year je dia start demam on-off sepanjang tahun, UPSR camtu this year PMR, dia dah start dah!!!!!