Nuffnang Ads

Thursday, 12 December 2013

Cerita 'Vision Board' saya

Bismillah 

Kata-kata adalah Doa, tulisan juga adalah doa. Hampir semua seminar atau kursus yg pernah sy attend tak dikira yg dikendalikan oleh 'saudara' kita atau sebaliknya, menyarankan utk kita menulis IMPIAN kita. Ketika itu saya buntu dan tulis semata2 bg memenuhi tuntutan kerja kursus. Malah saya tak tahu apa sebenarnya yg saya IMPIkan.

Dalam hati....buat je lah, asal siap. Maka siaplah VISION BOARD saya...haha, di sini segalanya bermula!!! Masih segar dlm ingatan, saya tampal gambar yg langsung tak seimbang dgn syariat. Hampir semuanya duniawi. Saya letak 'vision board' tu betul2 pada wall yg bukak pintu terus nampak tanpa fikir apa2.

Beberapa bulan berlalu baru saya sedar, saya dapat memiliki kereta jenis yg sama (cuma sirinya rendah sikit), jam dan cincin yg sama walau jenama x sehebat dlm gambar yg saya tampal tu. Subhannallah, Astaghfirullah!!!!

Belajar buat kek coklat, mahir dan boleh berkongsi menambah nilai buat diri dan org lain juga sebenarnya sudah lama ter'visual' dan fikiran saya. Tanpa saya sedar saya sebenarnya telah menghadamkan apa yg saya lihat dan fikir.

Pandanglah dan fikirlah yg baik2 mudah-mudahan ia menjadi doa yg terindah utk kita.

"VISUALIZE CREATES MATERIALIZE"

No comments:

Post a Comment