Nuffnang Ads

Saturday, 30 March 2013

Kek Karamel Coklat Moist

Ini lah resepi yg saya dpt dari facebook.com/bukuresepi. Mulanya hanya buat untuk makan sendiri dan kawan2 terdekat tapi tak sangka lepas tu ramai pulak yg order, alhamdulillah buat la jugak untuk memenuhi hajat kawan2. Tak sempat nak upload pic kat sini sbb pic ada kat hp (yg benonya malas nak naik atas; tepon ada kat bilik).

Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel

Bahan Puding:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen
* Semua bahan di atas dipukul lembut.

Bahan kek:
Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.

Bahan C:
3 biji telur - diblend.

Cara-cara:
1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 1jam atau sehingga masak.





Alhamdulillah saya buat menjadi sebiji mcm dalam pic kat fb/bukuresepi tu.







No comments:

Post a Comment