Nuffnang Ads

Monday, 23 April 2012

Puding Permata Coklat



** Bahan untuk agar-agar :
300ml air
200ml susu cair (saya guna susu segar)
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar
** Bahan untuk kastad :
500ml air
400ml susu cair / susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
Cara-cara

** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih.
Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar
dan masak hingga mendidih.
Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk,
potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati.
Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi)
dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

No comments:

Post a Comment