Nuffnang Ads

Wednesday 18 April 2012

Zikir & Doa Pengasih

Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati
1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.
4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"
Doa Supaya DiKasihi
Supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya. Amalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu lima waktu.
Terjemahan Surah Al Imran Ayat:31 (Cari dlm al-Qur’an ya)
"Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."
Rujukan: Buku 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit' Tuan Guru Dato Dr Haron Din

No comments:

Post a Comment