Nuffnang Ads

Sunday, 15 July 2012

Mee Jawa

Bahan:-
300 gm mee kuning (celur dalam air didih dan toskan)
150 gm udang sederhana besar
5 tangkai daun sup - kerat2 sikit
1 inci halia - hiris nipis
2 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - cincang
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 1/3 cawan air
3 biji ubi keledek & 3 batang lobak merah ~ direbus
kemudian di blend
sedikit cili kering direbus & diblend ngan 3 labu bwg besar
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
3 biji limau kasturi - belah
2 biji cili hijau - hiris serong
3 biji telor rebus - kupas dan belah 2
Cara Memasak:-
Gaulkan udang yang telah dibersihkan ,..biar sebentar dan rebus dengan 1 1/2 cawan air. Jangan lama sangat. Tutup api dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan bancuhan ubi keledek & lobak merah yg diblend tadi,biar sebentar. Masukkan halia, cili kering & bwg besar yg diblend tadi dan kacau hingga naik bau halia.
Masukkan sos tomato dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan udang bersama air rebusan tadi, kacau dan biarkan mendidih (boleh tambah sedikit air lagi jika mahu kuah lebih)
Kemudian masukkan daging rebus(klau suka) diikuti dengan air tepung jagung. Kacau dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
Sediakan sedikit mee yang dicelur tadi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah mee ke atasnya. Hidangkan bersama telor, belahan limau kasturi dan cili hijau.

No comments:

Post a Comment