Nuffnang Ads

Monday, 9 July 2012

Mashed Potatoes

Bahan-bahannya:
8 - 10 biji kentang (Kupas kulit) dan potong dua
250gm butter 
1 kotak kecil susu segar
serbuk lada hitam (ditumbuk halus)
serbuk lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang di kupas dan di potong lebih kurang sama saiz. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan air yang cukup-cukup menutup kentang. Rebus dlm 20minit.
2. Bila kentang cukup empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan leyek (butter tu ikut suka, nak letak lebih ke atau sikit..terpulang pada anda)
4. Season dengan lada sulah dan lada hitam. Jika nak pedas letak lebih.
5. Tuangkan susu dan lenyek lagi hingga rata. (susu ni pun letak ikut sesedap rasa..masuk sikit demi sekit) Susu akan buat mashed potatoes lebih gebu dan lemak.



Sos
BAHAN2NYA:

1 KETUL KIUB AYAM
3 ULAS BAWANG PUTIH
1 SUDU TEH LADA HITAM DITUMBUK HALUS
5 SUDU TEPUNG GANDUM (IKUT KEPEKATAN YG KITA SUKA)
SEDIKIT KICAP BIASA (IKUT WARNA YG SESUAI..KLAU BYK HITAM LAH)
GARAM
AIR SECUKUPNYA.. KALAU TERLALU PEKAT TAMBAH AIR
5 SUDU MINYAK MASAK
CARA MEMBUATNYA:

1. KETUK BAWANG PUTIH, TUMIS SAMPAI WANGI. MASUKKAN KIUB AYAM
2. MASUKAN TEPUNG GANDUM, KACAU SEBENTAR SEHINGGA SEBATI. (API MESTI KECIK)
3. MASUKKAN AIR DLM ANGGARAN 1/2 CAWAN.GARAM, KICAP DAN LADA HITAM.KACAU SEBATI SEHINGGA MENDIDIH.
4. KALAU PEKAT TAMBAH AIR .. KALU CAIR TAMBAH SEDIKIT TEPUNG LG
PEKATNYA SOS MENGIKUT KESUKAAN KITA.
5. SETELAH TU, BLEND KAN SOS TADI KERANA IA BERKETUL2
6. SETERUSNYA BOLEHLAH DI MAKAN DGN KENTANG PUTAR ATAU PUN STEAK..

RASA SOS BOLEH DIUBAH IKUT SELERA..TAMBAH LADA HITAM KALAU NAK POWER..


Sumber: FB Resepi Bonda

No comments:

Post a Comment