Nuffnang Ads

Saturday, 3 March 2012

Ayat Pengasih...mari amalkan.

Alhamdulillah, hari ni hati cukup tenang untuk meneroka tafsir surah-surah al-qur'an. Mata tiba-tiba terpandang surah Yusuf ayat 4 ni...buat aku terkenang cerita lama yang membuatkan aku rasa begitu rapat dengan ayat ini. Masa tu aku bawak seseorang yang rapat dlm hidupku jumpa seorang ustaz atas sebab hubungan suami-isteri yg rasanya sume pun faham lah kan cabaran dan dugaan wanita bergelar 'isteri'. Kami disuruh amalkan surah ni dan alhamdulillah berkat keyakinan dan besarnya fadhilat ayat-ayat al-qur'an banyak yang berubah. Ayat ini juga boleh dibacakan kepada anak2 juga sebagai ayat pelaris berniaga. Korang cari sendiri dalam qur'an ye sebab tak sempat nak upload surah tu kat sini...tafsirnya je.

Surah Yusuf ayat : 4

Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku.

Kemudian sambung, Surah Thaaha ayat : 39
Maksudnya: Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.

No comments:

Post a Comment